Tipu pakej umrah: Pemilik butik berdepan 17 tuduhan

Tertuduh menutup mukanya dengan kain sebaik sebaik tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Tertuduh menutup mukanya dengan kain sebaik sebaik tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pemilik butik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas 17 tuduhan penipuan pakej umrah melibatkan jumlah RM393,000, tahun lalu.

Tertuduh, Noraini Abu Bakar, 33, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan curangnya melakukan penipuan terhadap 17 mangsa di Kampung Baru Sungai Mahang, Nilai antara Jun hingga Disember tahun lalu dengan memperdayakan dan mendorong kesemua mangsa menyerahkan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM393,000.

Sebanyak 11 pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa atas enam lagi tuduhan menyalahgunakan wang bayaran pakej umrah berkenaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau sebatan dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad manakala tertuduh diwakili peguambela, Akmal Jusoh.

Junaidah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM52,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: