Polis minta Mufti Perlis berhati-hati keluarkan kenyataan

Noor Mushar
Noor Mushar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis minta Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kes kebakaran kereta rasminya serta serangan terhadap Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, perkara ini adalah amat penting untuk keselamatan beliau (Mohd Asri) dan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang.

"Kita tidak tahu siapa musuh kita, apa sahaja boleh berlaku nanti dan perlu berhati-hati dalam memberi sebarang kenyataan yang mungkin menyentuh sensitiviti.

"Saya nasihatkan dan minta Mufti Perlis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosialnya mahu pun mana-mana akhbar berhubung kejadian tersebut kerana ia boleh mengganggu siasatan polis," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Noor Mushar berkata, sebarang kenyataan bagi kes terbabit hanya akan dikeluarkan oleh pihak polis sahaja.

Katanya, tiada masalah sekiranya beliau (Mohd Asri) memberi ceramah agama, tetapi sebaiknya beliau tidak menyentuh berkenaan kes terbabit.

"Tiada masalah jika berlainan pandangan atau pendapat, tapi saya nasihatkan beliau tidak sentuh kes itu," katanya.

6 Julai lalu, Mie Tomoi, 48, yang mempunyai 16 kes lampau berkaitan samun dan penyalahgunaan dadah serta pernah dihukum mahkamah sebelum ini, ditahan di Kuala Ketil, Kedah.

Artikel Berkaitan:

Hasil soal siasat, Mie Tomoi membuat pengakuan membakar kereta Mufti Perlis itu pada Mac serta mencederakan Dr Hazman pada September tahun lalu.