Polis mohon kesan gadis hilang

Siti Syazana dilapor hilang sejak Ahad lalu.
Siti Syazana dilapor hilang sejak Ahad lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang gadis berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sejak awal Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa Siti Syazana Abu Nain beralamat di Flat Kenyalang, Projek Perumahan Rakyat Melana Indah, di sini.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Fuad Ibrahim di talian 010-7117826 atau hubungi Balai Polis Taman Perling di talian 07-2368122," katanya.

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan atau SMS Rakan Cop (POLISJOHOR 32728) ," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, kerjasama masyarakat dalam membantu penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat diperlukan.

Artikel Berkaitan: