Seorang maut, puluhan cedera firma animasi Jepun terbakar

Bomba berusaha memadan kebakaran di sebuah syarikat penerbitan animasi di Kyoto Jepun.
Bomba berusaha memadan kebakaran di sebuah syarikat penerbitan animasi di Kyoto Jepun.
A
A
A

TOKYO - Seorang maut dan sekurang-kurangnya 37 orang cedera termasuk sembilan parah dalam kejadian kebakaran di sebuah syarikat penerbitan animasi di barat Jepun hari ini, kata pegawai tempatan.

Polis tempatan memberitahu AFP, kebakaran dipercayai perbuatan disengajakan.

"Seorang lelaki membaling cecair mudah terbakar dan menyalakannya," kata polis.

Bomba masih berusaha memadam bangunan yang terbakar hampir dua jam di bandar Kyoto itu.

Sebanyak 35 jentera terlibat dalam usaha memadam kebakaran tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: