Periksa kereta polis: Lima penyokong parti politik tidak mengaku bersalah

Kelima-lima tertuduh dipercayai penyokong parti politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menghalang tugas polis pada PRK DUN Rantau April lalu.
Kelima-lima tertuduh dipercayai penyokong parti politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menghalang tugas polis pada PRK DUN Rantau April lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Lima individu dipercayai penyokong parti politik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menghalang tugas polis pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, April lalu.

Tertuduh, S Vigane Swaran, 52; S R Mangaswaran, 37; M Sega Sivakumar, 37; diwakili Haresh Mahadevan dan Farzana Shahudin, S M Arun, 25 dan A Yeohvan Louis, 25, diwakili V K Indran membuat pengakuan itu di hadapan Majistret V Vanita selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan sengaja menghalang tugas Sarjan Yusof Md Medak daripada menjalankan tugas dengan membuat pemeriksaan pada bahagian bonet kenderaan polis MPV.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Rantau pada 13 April lalu, kira-kira jam 6 petang.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa menghalang tugas Sarjan Yusof Md Medak dari menjalankan tugasan eskot peti undi di lokasi, tarikh dan waktu sama

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau dengan kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes 31 Julai ini.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad.