X

Kindly register in order to view this article
!

Penduduk Tebing Barat protes kematian tahanan Palestin

Tentera Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata di pos pemeriksaan Beit El di utara Ramallah semalam.
A
A

RAMALLAH - Puluhan penduduk Palestin cedera terhidu gas pemedih mata ketika berhimpun di pos pemeriksaan Beit El di utara Ramallah, Tebing Barat semalam bagi membantah kematian Nassar Taqatqa.

Sebahagian besar penunjuk perasaan merupakan mahasiswa Universiti Birzeit.

Sumber tempatan berkata, tentera Israel melepaskan berbelas das tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan tersebut sekali gus mencetuskan situasi tegang.

Taqatqa, 31, dilaporkan meninggal dunia awal minggu ini selepas dipukul dan dikurung bersendirian di penjara Israel.

Mangsa diberkas pada 19 Jum lalu selepas kediaman keluarganya di Beit Fajjar diserbu tentera Rejim Zionis.

Israel dalam versinya pula mendakwa, mangsa mati akibat serangan strok. - Agensi