Mayat lelaki ditemukan terapung

Mayat mangsa ditemui oleh peronda Penang Port
Mayat mangsa ditemui oleh peronda Penang Port
A
A
A

BUTTERWORTH - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di perairan Pulau Pinang di sini selepas dia dikatakan terjatuh dari sebuah feri, dalam kejadian petang semalam.

Jurucakap Agensi Penguatkusaan Maritim Pulau Pinang (APMM) berkata, dalam kejadian jam 5.21 petang itu, lelaki berkenaan dikatakan jatuh ke dalam laut selepas 10 minit feri berkenaan bergerak dari jeti di bahagian pulau menuju Butterworth.

Difahamkan, kejadian berkenaan disaksikan beberapa orang penumpang lain dan krew feri terbabit sebelum mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

"Selepas menerima laporan kejadian, kita terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan mendapat bantuan Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira jam 10.50 malam dan telah dibawa ke Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim di sini sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, setakat ini identiti lelaki berkenaan belum dapat dikenal pasti dan kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: