SDAC optimis Ford Ranger terus catat peningkatan

Model kereta Ford Ranger terus mencatatkan peningkatan permintaan.
Model kereta Ford Ranger terus mencatatkan peningkatan permintaan.
A
A
A
PENGEDAR tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) optimis model Ford Ranger terus mencatatkan kecemerlangan berikutan permintaan kukuh yang telah membantu meningkatkan pegangan pasaran segmen trak pikap sebanyak 17.2 peratus pada separuh tahun pertama.

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, peningkatan itu sekali gus mendorong kenaikan pegangan pasaran sebanyak 1.7 peratus bagi segmen trak pikap untuk separuh tahun pertama berbanding tahun lalu.

Menurutnya, jualan Ranger meningkat kerana memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan sesuai untuk kegunaan kerja dan santai.

“SDAC berkeyakinan momentum peningkatan jualan Ford Ranger di Malaysia akan berterusan. Kami akan terus komited dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dan pengalaman pemilikan,” katanya menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini.

Syed Ahmad Muzri berkata, Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards baru-baru ini.
Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Pengarah Urusan Pasaran Baharu Muncul Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong berkata, Ranger dengan konsep built Ford tough terus menjadi pilihan pelanggan di seluruh negara dan menempa kecemerlangan di dalam pasaran.

Ford Ranger juga menerima anugerah Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019, Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my, serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese.