149 premis terima penarafan ZPT

Saifuddin menandatangani plak Penarafan Zon Perdagangan Terpilih di pusat beli-belah Komtar JBCC Mall, di sini hari ini.
Saifuddin menandatangani plak Penarafan Zon Perdagangan Terpilih di pusat beli-belah Komtar JBCC Mall, di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 149 premis diberi penarafan sebagai Zon Perdagangan Terpilih (ZPT) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua premis tersebut diberikan penarafan sejak diperkenalkan pada tahun 2012.

Menurutnya, penarafan ZPT tersebut merupakan pengiktirafan kerajaan kepada premis yang menjalankan urusan perniagaan secara beretika.

"Kementerian akan membantu melakukan promosi buat premis yang beri penarafan ZPT, selain turut meletakkan premis berkenaan dalam direktori pelancongan negara.

"Bagi pengguna pula, penarafan ini merupakan jaminan bahawa kedai di dalam premis berkenaan mematuhi undang-undang ditetapkan kerajaan dalam menjalankan perniagaan mereka," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penarafan Zon Perdagangan Terpilih Zon Selatan 2019 di pusat beli belah Komtar JBCC, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sembilan premis diberi pengiktirafan ZPT melibatkan negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Antara premis tersebut adalah pusat beli belah Komtar JBCC Mall; Sutera Mall; Plaza Kota Tinggi; AEON Mall, Seremban 2 dan Freeport A'Famosa Outlet, Melaka.

Saifuddin berkata, pengiktirafan itu memberi manfaat bukan sahaja kepada pemilik premis, tetapi kepada pengguna.

Artikel Berkaitan:

Sejak ZPT diperkenal pada tahun 2012 hingga 2018, sebanyak 110 premis di seluruh negara telah diiktiraf, manakala 39 premis lain diberi pengiktirafan sama pada tahun ini.