UMK anjur bengkel bersama Kubi Springer

Semua peserta bergambar kenangan bersama Kubi Springer di Hotel Perdana di sini.
Semua peserta bergambar kenangan bersama Kubi Springer di Hotel Perdana di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) komited dalam memperkasakan peranannya sebagai universiti keusahawanan apabila buat julung kalinya menganjurkan bengkel Bina Jenama melibatkan personaliti yang juga perunding penjenamaan antarabangsa terkenal, Kubi Springer di sini hari ini.

Naib Canselor UMK, Prof Ts Dr Noor Azizi Ismail berkata, bengkel sehari tersebut kali ini disertai seramai 40 peserta terdiri daripada kakitangan UMK, wakil agensi dan juga usahawan terkemuka dari dalam dan luar Kelantan yang tidak mahu melepaskan peluang bersama perunding jenama tersebut yang pernah bekerjasama dengan jenama popular seperti Nike dan L' Oreal, Rio Ferdinand dan Rolls Royce Motor Cars.

“Ia merupakan sesi pembelajaran yang cukup bagus buat kita memandangkan Kubi merupakan seorang personaliti yang mempunyai nama besar dalam bidang jenama.

"Dengan cara ini juga, beliau membawa pengalaman sebenar untuk kita selami dan belajar bagaimana pemasaran dan jenama itu boleh membawa produk kita seantero dunia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, peluang mengadakan bengkel tersebut diambil memandangkan Kubi Springer juga mempunyai beberapa urusan di Malaysia dalam kunjungannya kali ini dan sudi bekerjasama dalam bengkel yang cukup interaktif itu.

Beliau juga memberitahu, bengkel kali ini merupakan sesi pertama dalam membawa pelbagai pembelajaran baharu melibatkan keusahawanan dalam universiti tersebut dan banyak lagi sesi lain akan diatur selepas ini bagi memberi lebih pendedahan.

Menurutnya, antara perkongsian bengkel ialah perbincangan mengenai konsep jenama, pemasaran dan cara pengurusan selain pengalaman perunding berkenaan yang terdedah dengan pelbagai produk terkemuka dunia.

“Ia boleh dijadikan contoh yang tepat dan sangat bermanfaat untuk membawa peserta lebih memahami dengan jelas apa yang kita sebagai pengeluar produk sediakan kepada masyarakat luar sebagai pengguna.

Artikel Berkaitan:

"UMK juga akan memastikan ilmu ini dikongsikan sebaik mungkin dengan pelajar-pelajar selepas ini,” katanya.