MH17: Kedutaan Rusia di Belanda belum terima permohonan ekstradisi suspek

No Image Caption
A
A
A

THE HAGUE - Kedutaan Rusia di Belanda belum menerima permohonan dari Belanda untuk ekstradisi rakyat Rusia yang disyaki mempunyai kaitan dengan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine, lapor agensi berita Sputnik.

Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) pada Jun mengumumkan nama tiga warga Rusia dan seorang rakyat Ukraine antara suspek terlibat dalam insiden yang meragut 298 nyawa itu.

"Kami tidak menerima sebarang permintaan dari Belanda. Mereka sedia maklum apa yang termaktub dalam undang-undang negara berhubung perkara itu," kata Duta Rusia ke Belanda, Alexander Shulgin.

ARTIKEL BERKAITAN: MH17: Kerajaan akan terus cari keadilan bagi mangsa

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan beberapa tindakan boleh diambil Belanda melalui kedutaannya di Moscow.

Pesawat MH17 terhempas pada 17 Julai 2014, ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, mengorbankan semua penumpang. Kiev dan pemisah pro-Rusia saling tuduh menuduh antara satu sama lain sebagai pihak yang bertanggungjawab.

Hasil siasatan JIT yang diketuai Belanda merumuskan pesawat malang itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu briged antipesawat Rusia ke-53.

Kementerian Luar Rusia menafikannya dengan mengatakan hasil siasatan itu sebagai tidak berasas dan berat sebelah.

Moscow berulang kali menafikan tuduhan JIT, yang negara itu dalang di sebalik nahas MH17.

Artikel Berkaitan:

Presiden Vladimir Putin mengatakan Rusia langsung tidak diberikan akses kepada siasatan dan Moscow hanya akan mengesahkannya andai negara itu terbabit sama dalam siasatan. - Bernama