Zionis tahan menteri pertanian Palestin

2a5
2a5
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel dilapor bertindak menahan Menteri Pertanian Palestin, Sufian Sultan ketika beliau sedang menuju ke Habron, semalam.

Sumber memberitahu, tentera Israel menghentikan kenderaan yang membawa Sultan dan memaksanya keluar sambil mengacukan senjata ke badan menteri berkenaan.

Kementerian mengecam tindakan Israel itu sambil menyatakakan ia melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Tindakan keterlaluan tentera Israel itu dilihat sebahagian daripada serangan berterusan Zionis terhadao rakyat Palestin di wilayah yang diduduki. - Press TV

Artikel Berkaitan: