Gelagat curi motosikal dirakam CCTV

Gelagat dua suspek yang berjaya dirakam CCTV.
Gelagat dua suspek yang berjaya dirakam CCTV.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gelagat dua lelaki berusia lingkungan 20-an mencuri motosikal dalam kejadian di sebuah pangsapuri sekitar bandar raya ini berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian tersebut dimaklumkan berlaku sekitar jam 7 petang, 15 Julai lalu.

"Rakaman CCTV memperlihatkan perlakuan suspek memecah kunci motosikal dengan menggunakan alat yang dibawa bertujuan merosakkan kunci 'handle' dan menghidupkan suis motosikal," katanya di sini hari ini.

Shahurinain berkata, dengan alat yang sama, suspek bertindak memecahkan kunci tambahan 'fork lock' yang dipasang pada tayar motosikal tersebut.

Katanya, motosikal yang dicuri adalah jenis Yamaha Y125ZR berwarna kuning di mana anggaran kerugian adalah RM9,000.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Jika orang ramai mempunyai maklumat berkaitan suspek yang terlibat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Muhammad Shahril Md Samril 016-3174900," katanya.

Artikel Berkaitan: