Dua vesel langgar syarat dilupuskan

Dua vesel berupa bot pukat surong ditahan tahun lalu dimusnahkan Jabatan Perikanan untuk tujuan pelupusan pagi ini.
Dua vesel berupa bot pukat surong ditahan tahun lalu dimusnahkan Jabatan Perikanan untuk tujuan pelupusan pagi ini.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Jabatan Perikanan Malaysia Cawangan Perlindungan Sumber Kuala Kurau, di sini bertindak memusnahkan dua vesel atau bot bernilai RM12,000 pagi tadi.

Ketuanya, Nazri Mohd Noh berkata, dua vesel itu merupakan bot pukat rawa surong ditahan dalam satu operasi di Perairan Kerian, di Selinsing tahun lalu.

"Kaedah pelupusan dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dalam Akta Perikanan 1985.

"Vesel dan peralatan dirampas serta dimusnahkan dianggarkan bernilai RM12,000," katanya kepada media di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, pada Khamis minggu lalu, Nazri turut memberitahu pihaknya berjaya menahan sebuah bot pukat dan dua warga Rohingya yang mengusahakan bot itu.

"Bot itu kemudiannya disita sementara menunggu keputusan Cawangan Perundangan Putrajaya.

"Dua warga Rohingya berusia 22 dan 26 tahun ditahan kini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: