Mitsubishi tawar kadar pinjaman terendah

ORANG ramai diminta jangan melepaskan peluang menikmati kaedah faedah bayaran paling rendah daripada Mitsubishi.
ORANG ramai diminta jangan melepaskan peluang menikmati kaedah faedah bayaran paling rendah daripada Mitsubishi.
A
A
A

SEMPENA perayaan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi, Mitsubishi Motors Malaysia berbesar hati menawarkan kadar faedah bayaran paling rendah.

Faedah sehingga 0.88 peratus untuk model Mitsubishi Triton yang eksklusif dengan pembiayaan daripada Maybank sahaja.

Selain itu, turut ditawarkan rebat istimewa Outlander model 2.0 liter yang menerima potongan sehingga RM6,000, sementara RM4,000 bagi varian 2.4 liter. Promosi itu sah bermula Julai hingga 30 September 2019.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton VGT MT Premium boleh memilih sama ada kadar faedah rendah sehingga 0.88 peratus atau rebat tunai.

Triton VGT Adventure X kini didatangkan dengan Flying Sports Bar yang bergaya juga tanpa penambahan harga.

Outlander 2.0L hanya pada harga RM137,888, manakala Outlander 2.4L berharga RM152,888 seunit.

Sebagai kenderaan keluarga dengan tujuh tempat duduk, Outlander dilengkapi pelbagai sistem keselamatan. Antaranya ialah sistem 4WD, sistem brek antikekunci (ABS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA) dan ISOFIX sebagai ciri standard.

Sementara, SUV kompak Mitsubishi ASX 4WD dan 2WD juga hadir dengan rebat tunai RM12,000 dan RM8,000. ASX 4WD ditawarkan pada harga RM133,336 dan ASX 2WD berharga RM118,866 seunit.

Artikel Berkaitan:

Outlander dan ASX hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.