Berwaspada dengan produk viral tanpa kelulusan sahih

ANTARA produk yang viral dalam pasaran atas talian namun masih belum mendapatkan sijil kelulusan perakuan JBPM.
ANTARA produk yang viral dalam pasaran atas talian namun masih belum mendapatkan sijil kelulusan perakuan JBPM.
A
A
A

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menafikan kebanjiran beberapa alatan antaranya alat pemadam api telah dijual secara sewenang-wenangnya secara atas talian.

Antara yang popular ialah pemadam api seperti fire ball dan cecair yang didakwa mengandungi ejen Chemical foaming.

Selain itu, alat pemadam mobile. Kedua-dua produk itu dikatakan masih belum mematuhi piawaian standard yang ditetapkan.

Mengulas lanjut fenomena tidak sihat itu, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JBPM, Datuk Yusof Sidek tidak menafikan isu berkenaan.

"Di Pusat Penyelidikan Kebombaan (Puspek), JBPM sebelum ini tidak ketinggalan menerima banyak permohonan untuk kelulusan sijil perakuan bagi produk yang viral seperti fire ball, cecair dalam botol dan banyak lagi.

"Kebanyakan produk itu datangnya dari negara luar seperti China dan Thailand. Ia cuba dibawa masuk untuk pasaran setempat. Terdapat juga produk baharu dibawa ke Malaysia untuk diuji, namun kebanyakan produk yang viral masih belum diperakui lagi,” katanya pada pertemuan eksklusif bersama e-Trend baru-baru ini.

Produk pemadam api fire ball misalnya kata Yusof, merupakan keluaran negara China yang masih belum diperakui kerana tidak mengikut piawaian standard Malaysia dan belum diuji di peringkat makmal Puspek.

"Puspek kena kaji kesesuaian penggunaan produk tersebut mengikut saiz kebakaran dan seperti pendekatan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Puspek perlu menjalani kajian mengikut prosedur yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Namun yang menghairankan, produk itu bebas dijual kepada orang awam sedangkan tiada perakuan. Kita bimbang jika digunakan, ia akan memberi kesan buruk,” katanya yang meminta orang ramai lebih berwaspada.

Dalam pada itu, mungkin ramai tidak tahu, Puspek yang bertempat di Lengkuk Teknologi Kawasan Perindustrian Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan itu setanding dengan SIRIM.

Makmal Puspek dilengkapi dengan teknologi baharu itu memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan terutama bagi kajian dari aspek pemadaman, pepasangan keselamatan dan fire behaviour.