Patuhi peraturan di tanah suci

Sultan Mizan bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berangkat mengucapkan selamat jalan kepada 150 bakal jemaah haji pertama dari negeri ini di TH Hotel & Convention Centre.
Sultan Mizan bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berangkat mengucapkan selamat jalan kepada 150 bakal jemaah haji pertama dari negeri ini di TH Hotel & Convention Centre.
A
A
A

KUALA NERUS - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengingatkan bakal jemaah haji dari negeri ini supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang di tanah suci.

Baginda turut menasihatkan jemaah haji mengikut garis panduan ditetapkan Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik ketika mengerjakan ibadah itu.

“Beta merakamkan ucapan tahniah dan menyeru semua bakal jemaah haji bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu ALLAH untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini.

“Semoga semua bakal jemaah haji yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima tahun ini memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang ibadah,” titah baginda ketika berangkat mengucapkan selamat jalan kepada 150 bakal jemaah haji pertama dari negeri ini di TH Hotel & Convention Centre di sini.

Turut berangkat ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Pengarah TH Terengganu, Datuk Mohyen Mosman.

Penerbangan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira jam 1 pagi sebelum ke Madinah.

Seramai 1,350 bakal jemaah haji dari Terengganu terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini membabitkan sembilan penerbangan.

Artikel Berkaitan: