Pokok bakau mangsa sampah haram

Sampah haram yang dibuang dan dibakar dikhuatiri menjejaskan hutan paya bakau.
Sampah haram yang dibuang dan dibakar dikhuatiri menjejaskan hutan paya bakau.
A
A
A

TANJONG KARANG – Bukan sahaja menjejaskan pemandangan bahu jalan dengan longgokan sampah, hutan bakau sepanjang pesisiran pantai di Bagan Sungai Kajang, di sini berisiko berdepan kebakaran terbuka.

Penduduk, Mohd Sayuti Arbain, 43, mengadu, longgokan sampah pukal dan domestik itu menimbulkan rungutan penduduk apabila dibiarkan tanpa sebarang penguatkuasaan.

Menurutnya, sepanjang bahu jalan di Bagan Sungai Kajang itu menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab yang membuang sampah sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan terhadap hutan paya bakau.

Sampah haram yang dibuang dan dibakar dikhuatiri menjejaskan hutan paya bakau.
Sampah haram yang dibuang dan dibakar dikhuatiri menjejaskan hutan paya bakau.

“Masalah ini sudah berlarutan cukup lama dan bila buat aduan, mereka kata lori kompaktor sampah tak boleh masuk sebab jalan kecil sedangkan lori muatan ikan boleh lalu lalang di jalan ini.

“Saya sudah panjangkan isu sama kepada semua pihak tapi masalah tak selesai. Nelayan pantai nak turun cari siput pun terpaksa redah sampah yang melekat pada pokok bakau.

“Kalau dibiarkan, tak mustahil akan menjejaskan ekosistem kawasan ini dan sampah yang dibuang bukannya sikit,” katanya yang menunjukkan beberapa port sampah haram kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Rahilah Rahmat menjelaskan, mesyuarat khas mengenai isu sampah haram sudah diadakan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami maklum isu ini dan menerima beberapa aduan sama. Bagaimanapun kebanyakan isu sampah haram ini di kawasan tanah rizab kerajaan dan sudahpun dipanjangkan kepada agensi berkaitan.

“Untuk pelaksanaan tahun depan, MDKS akan lebih agresif untuk menyediakan kemudahan tong sampah di kawasan kampung tradisi dan mungkin akan buat sedikit penambahan termasuk platform simen untuk tong roro.

“Jadi mudah nak angkat sampah tak adalah isu tanah mendap atau sebagainya. Lagipun kerja pembersihan lebih mudah dan kemas,” katanya ketika diminta mengulas isu terbabit.