Kama Azural dilantik Ketua Polis Raub baharu

Mohd Yusri (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Raub antara Wan Zahari (kiri) dan Kama Azural (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Raub di IPD Raub hari ini.
Mohd Yusri (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Raub antara Wan Zahari (kiri) dan Kama Azural (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Raub di IPD Raub hari ini.
A
A
A

RAUB - Timbalan Ketua Polis Kuantan, Superintendan Kama Azural Mohamed dilantik menjadi Ketua Polis Raub baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Penyerahan serah terima tugas antara Wan Zahari dan Kama Azural berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub disaksikan Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Kama Azural memberitahu, beliau akan meneruskan usaha yang dilakukan Wan Zahari di Raub untuk mengekalkan keamananan dan mencegah serta membanteras kegiatan jenayah.

Menurutnya, beliau menghargai usaha dan sumbangan Wan Zahari yang telah meninggalkan rekod cemerlang di daerah itu.

"Saya akan teruskan legasi kepimpinan beliau ke tahap terbaik selain melakukan penambahbaikan serta menumpukan kepada usaha mendekatkan polis dengan masyarakat bagi memastikan kejadian jenayah dapat dikekang,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas di IPD Raub di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Zahari berkata, sepanjang empat tahun bertugas di IPD Raub, beliau mendapat kerjasama yang baik daripada semua anggota dan pegawai dalam memastikan keselamatan dan keamanan masyarakat setempat.

Justeru beliau berharap, semua anggota dan pegawai akan terus memberikan sokongan kepada ketua polis baharu terbabit.

Artikel Berkaitan: