200 keluarga mangsa tragedi Christchurch jadi tetamu Raja Arab Saudi

No Image Caption
A
A
A

RIYADH - Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz semalam mengeluarkan arahan mengundang 200 keluarga mangsa serangan keganasan di Christchurch, New Zealand menjadi tetamu negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Ia adalah sebahagian Program Tetamu Raja Arab Saudi bagi menunaikan Haji yang dikendalikan Kementerian Hal Ehwal Islam.

Menteri Hal Ehwal Islam dan Ketua Penyelia Program Sheikh Abdullatif Al-Sheikh berkata, demikian dalam satu kenyataan kepada agensi berita Arab Saudi (SPA).

Katanya, kementerian akan mendapatkan butiran lanjut berhubung prosedur yang diperlukan melalui kedutaan Arab Saudi di New Zealand.

Selain itu, Raja Saudi turut mengarahkan menjemput 1,000 jemaah Palestin untuk musim haji tahun ini.

Pada 15 Mac lalu, dua masjid Christchurch diserang pengganas ketika jemaah menunaikan solat Jumaat, mengorbankan 51 nyawa.- Bernama

Artikel Berkaitan: