Majikan tidak boleh potong gaji pekerja tanpa kebenaran

Mohd Asri (kanan) beramah mesra dengan majikan yang hadir pada Program Pendidikan Perburuhan Peringkat Negeri Pahang di Dewan Dato Bahaman, Wisma Perkeso, di sini hari ini.
Mohd Asri (kanan) beramah mesra dengan majikan yang hadir pada Program Pendidikan Perburuhan Peringkat Negeri Pahang di Dewan Dato Bahaman, Wisma Perkeso, di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Mana-mana majikan di negara ini tidak boleh memotong gaji pekerja sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Pengarah Bahagian Standard Perburuhan JTKSM, Mohd Asri Abdul Wahab berkata ini dilakukan bagi mengelakkan penipuan melainkan mendapat persetujuan pekerja.

"Kesan akibat pemotongan gaji pekerja amat besar.

"Kita juga akan mempertimbangkan permohonan majikan. Kita mempunyai falsafah untuk membenarkan sebarang pemotongan gaji perlu memberi manfaat kepada pekerja," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pendidikan Perburuhan Peringkat Negeri Pahang di Dewan Dato Bahaman, Wisma Perkeso, di sini hari ini.

Turut hadir sama, Pengarah Bahagian Pekerja Asing JTKSM, Wan Ismail Wan Ibrahim.

Menurutnya sebagai contoh, kalau pemandu lori membawa muatan lebih semestinya arahan dari majikan. Jika pemandu melanggar lampu merah yang itu memang kesalahan pemandu dan dia boleh dikenakan pemotongan gaji tetapi dapatkan kebenaran dari kita dahulu," katanya.

Mohd Asri berkata, pemotongan gaji oleh majikan telah ditetapkan tidak boleh melebihi melebihi 50 peratus dari gaji pekerja melainkan pinjaman rumah yang disyaratkan juga tidak boleh melebihi 75 peratus.

"Kita kawal perkara ini takut ada pekerja yang melakukan pemotongan keseluruhan gaji mereka itu tidak boleh dilakukan sama sekali.

Artikel Berkaitan:

"Kalau penjawat awam bukan sahaja pekerja yang akan dikenakan tatatertib malah ketua mereka juga akan diambil tindakan kenapa membenarkan kesemua gaji pekerja digunakan untuk membayar hutang," katanya.

Sementara itu, Mohd Asri berkata Program Pendidikan Perburuhan memberi penerangan kepada majikan pelbagai sektor untuk memahami akta-akta yang dikuatkuasakan oleh JTKSM.

"Pahang merupakan lokasi pertama program pada setiap minggu di 13 negeri dan akan berakhir di Labuan pada bulan Oktober nanti," katanya