Altimet minta maaf

Altimet
Altimet
A
A
A

PENYANYI rap terkenal, Altimet tampil memohon maaf di Instagramnya, baru-baru ini.

Altimet atau Ahmad Abdul Rahman, 40, berkata, sempena album terakhir yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, dia mengambil kesempatan untuk memohon maaf daripada orang ramai sepanjang bergelar sebagai penyanyi.

"Aku nak mintak maaf, sebab ralat, plan aku nak buat 3 album, terbabas sampai 5.

"Terima kasih kepada sesiapa yang pernah layan album aku, lagu aku, datang show aku, ambil gambar sama-sama, nyanyi lagu aku kat karaoke ke annual dinner ke, mana-manalah.

"Terima kasih kepada semua orang yang mainkan lagu aku untuk hiburkan diri atau orang lain. Terima kasih semua yang berbual pasal lagu-lagu aku samada secara positif atau negatif.

"Korang semua memainkan peranan langsung dan tak langsung dalam perjalanan aku ni," kata Altimet.

altimet
altimet

Dalam perkongsian sama Altimet memberitahu, menerusi album terbaharu ada diceritakan mengenai kisah hidupnya.

Artikel Berkaitan:

"Album ni cerita perjalanan tu selama hampir 20 tahun bergerak dalam industri ni. Album ni album kisah cinta aku dengan kawan paling rapat dengan aku, Muzik.

"Dah sampai masa aku dengan muzik jadi teman biasa. Aku harap korang enjoy album ni.

"Ingat, dalam album ni ada kisah dulu-dulu aku. Kalau ada yang jahil tu, faham-faham lah aku bukan mcm tu lagi, dulu-dulu dah habis," katanya lagi.