Perkataan 'rompak' bikin Dewan Rakyat kecoh

Keadaan di Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini susulan perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) . - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini kecoh hampir sejam selepas Ahli Parlimen pembangkang menuntut agar perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ditarik balik.

Perbalahan berlanjutan apabila Ahli Parlimen kerajaan bangun mencelah mempertahankan istilah berkenaan hingga menyebabkan blok pembangkang tidak berpuas hati dan bangun beramai-ramai.

Kekecohan bermula apabila usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri yang menuntut agar Guan Eng menarik balik perkataan itu ditolak oleh Speaker.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, keputusan penolakan usul dibuatnya kerana menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu tidak mempunyai unsur provokasi dan tidak mengelirukan.

Keadaan di Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini susulan perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) . - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Keadaan di Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini susulan perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) . - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Pada Isnin, 15 Julai 2019, saya telah menerima satu usul di bawah pemberitahuan mesyuarat 36 Fasal 2 daripada YB Bera bagi merujuk Ahli Parlimen Bagan (Lim Guan Eng). Berdasarkan usul itu, pada hemat saya maksud YB Bera ialah ingin merujuk terus kepada peraturan mesyuarat 36 (12). YB Bagan ada mengeluarkan perkataan yang mengelirukan dewan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Desak Guan Eng dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Artikel Berkaitan:

Guan Eng mesti dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen: Tok Mat

“Saya telah meneliti ucapan YB Bagan pada Ogos 2018, dan isi kandungan laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) mengenai kegagalan memasukkan kutipan GST ke dalam Kumpulan Wang bagi pembayaran balik GST khususnya perenggan 5.1.1 hingga 5.1.5. mengenai Kemampuan kerajaan untuk membayar RM19.4 bilion dan pengurusan aliran wang negara.

Keadaan di Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini susulan perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) . - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Keadaan di Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini susulan perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) . - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Penjelasan Akauntan Negara, keseluruhan PAC, maka saya dapati tidak terdapat unsur provokasi YB Bagan yang dikatakan mengelirukan dewan dan oleh itu tidak terjatuh di bawah peraturan mesyuarat 36 fasal 12,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Susulan keputusan itu ada beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan. Mereka bagaimanapun masuk semula kira-kira 15 minit kemudian untuk mengikuti sesi dewan.

Bagi meredakan keadaan, Speaker kemudiannya mengesyorkan Ahli Parlimen pembangkang yang berang mengemukakan usul melibatkan laporan PAC yang lebih menyeluruh.

Keadaan di Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini susulan perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) . - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Keadaan di Dewan Rakyat bertukar kecoh hari ini susulan perkataan 'rompak' yang didakwa digunakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika memberi kenyataan mengenai bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) . - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Dalam keputusan saya buat tadi saya dah rujuk kepada semua bahagian yang relevan. Yang diajukan pada saya hanya satu ayat dalam perenggan,” ujar Mohamad Ariff.

Untuk tidak melanjutkan perbalahan Mohamad Ariff menegaskan bahawa keputusan yang dibuatnya adalah muktamad.

Isnin lalu, Ismail Sabri berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) mengemukakan usul supaya Guan Eng dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas kesalahan mengelirukan Dewan Rakyat.