140 pelajar sekolah di Kedah positif dadah

Ismail menerima cenderahati daripada Amran (dua dari kanan) pada program Anak Warisan Negara (Awan) di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sungai Petani hari ini.
Ismail menerima cenderahati daripada Amran (dua dari kanan) pada program Anak Warisan Negara (Awan) di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sungai Petani hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 140 pelajar sekolah di Kedah didapati positif dadah berdasarkan pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan dari awal tahun ini sehingga Jun lalu.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, jumlah tersebut diklasifikasikan pada tahap membimbangkan memandangkan faktor usia muda selain masih berada dalam kawalan ibu bapa serta pihak sekolah.

Menurutnya, pada 2018 seramai 190 pelajar positif dadah, 238 pelajar positif dadah pada 2017 dan 344 pelajar positif dadah pada 2016.

"Pendedahan dibuat bukanlah mahu memburukkan mana-mana pihak, namun sebagai usaha bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama bagi mengatasi isu terbabit dalam kalangan pelajar sekolah.

"Merawat penagih dadah adalah kepakaran saya sebelum ini, banyak pengalaman berinteraksi dengan golongan ini dan saya sangat bimbang sekiranya anak-anak di peringkat sekolah sudah terbabit dengan dadah.

Antara yang terlibat dengan Program Anak Warisan Negara di Pusat Latihan AADK Sungai Petani hari ini.
Antara yang terlibat dengan Program Anak Warisan Negara di Pusat Latihan AADK Sungai Petani hari ini.

"Justeru, pelaksanaan Awan diharapkan membantu usaha mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar, memberi maklumat, kesan, rawatan dan tindakan seterusnya sekiranya pelajar dikesan terlibat dengan dadah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Anak Warisan Negara (Awan) di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sungai Petani hari ini.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Pengarah AADK Kedah, Rohayu Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Kedah, Amran Zakaria dan Pengarah Pusat Latihan AADK Sungai Petani, Zirwatul Ahlam Zamzam.

Menurutnya, pelajar yang dikenal pasti positif dadah tidak digelar penjenayah sebaliknya digelar pesakit agar boleh dirawat dan diubati dengan cara dan kaedah tertentu.

Beliau berkata, kerjasama ibu bapa, masyarakat, pihak sekolah, pemimpin komuniti, masjid dan semua pihak perlu bersatu dalam usaha mengatasi isu dadah di peringkat sekolah.