Saya tidak sabar temui rakyat, titah Sultan Johor

Tangkap layar titah Sultan Johor mengenai Kembara Mahkota Johor di laman Facebook rasminya.
Tangkap layar titah Sultan Johor mengenai Kembara Mahkota Johor di laman Facebook rasminya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Walaupun cuaca hujan atau panas, perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah," titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengenai Kembara Mahkota Johor kali ini.

Titah baginda, jarak perjalanan hampir 700 kilometer pada jelajah kali ini bukan menjadi halangan kepada baginda menemui rakyat di pelbagai kawasan serta mendengar keluhan mereka.

“Saya tidak sabar untuk menemui rakyat dan jika mereka ada apa-apa keluhan untuk disampaikan... saya sedia mendengar.

“Jika mereka ingin menyampaikan keluhan masing-masing menerusi surat, boleh serahkan surat berkenaan kepada pegawai atau juru iring saya,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini sebagaimana dipetik dari Facebook rasminya.

Jelajah Kembara Mahkota Johor 2019 bakal menyaksikan Sultan Ibrahim menunggang motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike.

Sultan Johor bertitah, baginda akan membaca sendiri setiap surat disampaikan rakyat kerana ingin mengetahui apakah keluhan mereka.

Baginda juga bertitah sudah bersedia untuk menjayakan jelajah Kembara Mahkota Johor 2019 selain memastikan keadaan motosikal juga dalam keadaan baik.

“Orang ramai jangan kecil hati jika tidak dapat berswafoto bersama saya di setiap lokasi persinggahan ini kemungkinan disebabkan pergerakan awal bagi meneruskan perjalanan ke lokasi lain,” titah baginda.

Artikel Berkaitan: