Nafas berbau boleh jadi 'igauan ngeri'

TEKNIK gigi dengan betul boleh mengelakkan mulut berbau.
TEKNIK gigi dengan betul boleh mengelakkan mulut berbau.
A
A
A

NAFAS dan mulut berbau pasti menjadi igauan ngeri kerana bukan sahaja empunya diri, bahkan individu sekeliling juga akan berasa kurang senang.

Meskipun telah menggosok gigi selepas bangun tidur, kadangkala mulut tetap berbau.

Mungkin tip ini dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

1- Berus gigi dengan betul

Memberus gigi juga mempunyai teknik yang betul. Selain menggosok permukaan gigi, jangan abaikan kebersihan gusi, lelangit dan lidah tempat bakteria membiak.

Pada masa sama, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.

2- Elak mulut kering

Bagi mengelakkan mulut kering banyakkan minum air putih setiap hari. Elakkan minuman manis dan kafein.

Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah perisa mint dan bebas gula (sugar free).

3- Tukar berus gigi

Amalkan sikap menukar berus gigi setiap tiga bulan atau apabila mendapati berusnya rosak.

Jangan simpan berus gigi di dalam bekas bertutup kerana suhu lembap mendorong pembiakan mikroorganisma.

4- Makanan berbau

Artikel Berkaitan:

Pastikan anda menikmati makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding mengunyah petai atau bawang. Ia disebabkan makanan tersebut boleh menyebabkan mulut berbau.