Belia teruja nak sambut Sultan Johor

ISKANDAR
ISKANDAR
A
A
A

PONTIAN - Seramai 300 belia mendaftar sebagai Sukarelawan Johor Darul Takzim@Joydec bagi memeriahkan lagi Kembara Mahkota Johor 2019 yang akan singgah di Pontian, Sabtu ini.

Yang Dipertua Majlis Belia Pontian, Mohd Iskandar Selamat berkata, tidak sampai 24 jam laman permohonan di web Majlis Belia Daerah Pontian dibuka, ramai yang mendaftar mahu menjadi sukarelawan Joydec.

"Penyertaan luar biasa ini membuktikan belia di Pontian begitu bersemangat menyambut ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pendaftaran dibuka pada 15 Julai jam 10 malam dan ditutup pada pagi keesokan harinya selepas menerima 300 penyertaan dari belia berusia seawal 18 tahun.

“Itu pun masih ramai yang bertanya kepada Majlis Belia Pontian tentang sukarelawan Joydec untuk KMJ. Masing-masing semangat hendak sambut Sultan Ibrahim,” katanya.

Artikel Berkaitan: