X

Kindly register in order to view this article
!

Media main peranan salur maklumat benar, sahih tentang haji

A
A

MAKKAH - Pasukan media Lembaga Tabung Haji (TH) yang terdiri daripada petugas media Malaysia dan TH memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat tentang perjalanan musim haji tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, dengan maklumat yang disalurkan pasukan media itu, jemaah haji dan waris mereka di tanah air mendapat gambaran sebenar tentang keadaan di Tanah Suci serta isu berbangkit.

Beliau berkata TH juga mempunyai pasukan media yang memantau isu yang dibangkitkan pengguna media sosial dan akan memberikan menjelasan dan gambaran sebenar berhubung perkara itu.

“Kita faham ada isu cuba diputar belitkan, pihak pasukan media akan beri gambaran betul supaya isu ini tidak disalah erti oleh masyarakat. TH sendiri ada pelbagai platform media sosialnya sendiri.

“TH juga mempunyai akaun Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya yang mana semuanya ini cara kita menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini jemaah di Tanah Suci,” katanya.

Justeru, beliau berkata jemaah haji dan waris mereka dinasihat mendapatkan maklumat sebenar daripada sumber media yang sahih.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun ini dibantu 640 petugas TH.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!