Loji proses gas Petronas terbakar dipanah petir

Kepulan asap kelihatan dari menara penyulingan di loji pemprosesan gas milik PGB di Santong, Paka ketika bomba sedang melakukan kerja pemadaman api, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Kepulan asap kelihatan dari menara penyulingan di loji pemprosesan gas milik PGB di Santong, Paka ketika bomba sedang melakukan kerja pemadaman api, kira-kira jam 1 pagi tadi.
A
A
A

DUNGUN - [DIKEMASKINI] Loji pemprosesan gas milik Petronas Gas Berhad (PGB) di Santong, Paka, di sini terbakar dipercayai akibat dipanah petir, malam tadi.

Dalam kejadian ketika hujan lebat kira-kira jam 7.43 petang itu, kilat dipercayai menyambar lampu penanda menara penyulingan di loji tersebut menyebabkan berlaku percikan api dan mencetuskan kebakaran di bahagian menara itu.

PGB berkata, kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kesan yang buruk kepada penduduk setempat.

"Emergency Response Team (ERT) kami telah digerakkan bagi menangani insiden itu sebaik kejadian berlaku dan semua pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Kami akan menyediakan laporan lanjut mengenai insiden ini dan siasatan lanjut akan dijalankan berhubung kejadian ini," kata PGB dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pagi ini.

Kerja-kerja padam kebakaran yang dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka dengan dibantu pasukan bomba Petronas tamat sepenuhnya kira-kira jam 5.40 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan kerana ketika kejadian tiada pekerja yang berada sekitar lokasi menara penyulingan terbabit.

Artikel Berkaitan: