Malaysia sertai perbincangan OIC dalam isu pencerobohan Israel

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Luar Biasa ‘Open-Ended Executive Committee’ Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di peringkat Menteri-Menteri Luar Negeri bagi membincangkan isu pencerobohan Israel di Al-Quds Al-Sharif (Baitul Maqdis).

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat tersebut bakal berlangsung di Jeddah, Arab Saudi esok.

"Datuk Marzuki Yahya akan menyampaikan kenyataan negara pada mesyuarat tersebut. Satu kenyataan akan dikeluarkan pada penghujung sesi ini sebagai dokumen hasil mesyuarat,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, penglibatan Malaysia dalam mesyuarat tersebut membuktikan sokongan negara kepada rakyat Palestin dan OIC dalam perjuangan Palestin untuk mengakhiri penjajahan Israel di wilayah itu sejak 1967. - Bernama

Artikel Berkaitan: