Belasah individu disyaki pencuri

Syukri tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen, hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dakwaan membelasah individu yang disyaki pencuri hingga patah kedua-dua tangan dan kaki kiri.

Dakwaan terhadap tertuduh, Syukri Salleh, 42, dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Lelaki bekerja sendiri itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah iaitu patah kedua-dua belah tangan dan kaki kiri, sembilan jahitan di bahagian kepala dan patah gigi hadapan mangsa, Mohd Fahmi Mustafah, 38.

Kesalahan dilakukan di kawasan Masjid Kampung Gua, Salor, di sini, pada jam 1.30 petang, 2 Disember lalu.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Faaiz Ahmad Maher.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Disember ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia