HCTM sahkan tiada kecederaan fizikal pelajar Nigeria

Ciapan di laman mikro Twitter Universiti Lim Kok Wing berkaitan kejadian itu.
Ciapan di laman mikro Twitter Universiti Lim Kok Wing berkaitan kejadian itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan fizikal pada badan pelajar warga Nigeria yang dilaporkan mati sewaktu berada dalam Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan semalam, HCTM memaklumkan satu proses bedah siasat telah dijalankan dengan dikendalikan oleh pakar forensik bermula jam 9 pagi pada hari kejadian.

Katanya, laporan lengkap bedah siasat berkenaan akan dikeluarkan setelah semua keputusan ujian makmal termasuk toksikologi diperoleh bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

"Berdasarkan pemeriksa terperinci yang dijalankan, pakar forensik mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan fizikal pada badan mangsa," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai seorang pelajar Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya yang berasal dari Nigeria mati dalam Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dekat sini.

Menurut laman Twitter Universiti Lim Kok Wing, pelajar itu dikenali sebagai Orhions Ewansiha Thomas, 34 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar Nigeria mati dalam tahanan Imigresen

Artikel Berkaitan:

Laporan forensik warga Nigeria diketahui dalam sehari dua: KP Imigresen