Tak salah saya sokong Anwar: Nazri

Mohamed Nazri Aziz. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohamed Nazri Aziz. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyatakan tidak salah untuk beliau menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, walaupun berbeza parti ia bukan penghalang untuk beliau menyokong Anwar.

"Saya cuma sokong Anwar Ibrahim, takkan dalam UMNO tak boleh sokong beliau. Beliau adalah Ketua Pemuda saya dulu, (jadi sokong Anwar?), saya kata diri saya (yang sokong Anwar).

"Tidak ada salah (duduk dalam UMNO tapi sokong Anwar). Saya akan tetap bersama UMNO," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, di sini hari ini.

Sambil menyifatkan Anwar adalah seorang reformis, Mohamed Nazri berkata, beliau menyatakan sokongan dengan cara menjadi ahli kaukus tersebut yang dipengerusikan Anwar.

"Kalau saya tidak sokong Anwar, saya takkan masuk Kaukus Parlimen. Kita nak buat yang terbaik buat Malaysia.

"Saya ada pengalaman sebagai menteri, pernah jaga Parlimen jadi saya nak buat yang terbaik buat Malaysia," katanya.

Mohamed Nazri dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar antara yang dilihat ‘keras’ mengkritik UMNO kerana melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tak akan pecat Nazri, Khairy: Annuar