Gelagat pasangan curi kosmetik dirakam

Gambar suspek yang ditularkan netizen di laman sosial.
Gambar suspek yang ditularkan netizen di laman sosial.
A
A
A

KOTA BHARU - Gelagat pasangan lelaki dan wanita mencuri barangan kosmetik dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai di bandar ini Jumaat lalu.

Kejadian disedari seorang pekerja kedai pada keesokan harinya apabila mendapati bungkusan plastik mengandungi produk telah kosong.

Pekerja berusia 30-an tersebut kemudian melihat CCTV dan mendapati dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita mengambil beberapa barangan kosmetik di kedai itu.

Sumber berkata, gelagat pasangan berusia lingkungan 20-an itu dilihat berlegar di dalam kedai dan kemudian memasukkan barang kosmetik yang diambil ke dalam beg yang dibawa.

“Barangan kosmetik yang hilang termasuk lipstik dan produk kecantikan wajah dengan nilai keseluruhan lebih RM300.

“Sebaik mengetahuinya, pekerja kedai tersebut kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Sabtu lalu,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kedua-dua suspek sedang dicari polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: