Tipu pakej umrah: Bekas Pengarah YBNT didakwa

No Image Caption
A
A
A
KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana menipu urusan pakej umrah, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Adam Mohd Ghazali, 31, dari Besut, mengaku tidak bersalah atas 26 pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Hakim Wan Wan Azimah Yaacob.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Adam didakwa menipu lebih 20 mangsa membabitkan kerugian hampir RM200,000 di beberapa daerah di negeri ini antara Jun hingga Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dab denda jika sabit kesalahan

Bagi kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Lishantini manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Che Amir Che Musa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan tiga penjamin dan menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, tertuduh ditahan di sebuah rumah di Damansara, Kuala Lumpur, 11 pagi pada 11 Julai lalu anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu selepas menghilangkan diri hampir dua tahun.

Tertuduh yang sebelum ini dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya menghilangkan diri dan sentiasa menukar tempat persembunyiannya setiap kali serbuan dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesahkan siasatan mereka mendapati YBNT mempromosikan pakej yang ditawarkan secara atas talian menerusi Facebook dengan bayaran rendah daripada pasaran iaitu RM4,999.

KPDNHEP Terengganu mengenal pasti bahawa dalam tempoh Jun hingga Oktober tahun lalu, YBNT mencatatkan kemasukan wang berjumlah RM14.2 juta.

Penipuan pakej umrah itu dikatakan menjejaskan seramai 4,800 jemaah terdiri daripada guru dan keluarga mereka selepas membayar sebanyak RM3,000 seorang.

Tertuduh ebelum ini menyalahgunakan surat yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan menawarkan pakej umrah secara subsidi kepada guru.