Budak nyaris rentung dalam rumah

Anggota bomba melakukan operasi pemadaman sebuah rumah yang hangus 90 peratus dalam kejadian di Kampung Tawas hari ini.
Anggota bomba melakukan operasi pemadaman sebuah rumah yang hangus 90 peratus dalam kejadian di Kampung Tawas hari ini.
A
A
A

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun sempat menyelamatkan diri serta meminta bantuan jiran selepas menyedari rumahnya terbakar sebelum dia pengsan dalam kejadian di Kampung Tawas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa tinggal sendirian sementara ibu dan bapanya keluar bekerja manakala, lima penghuni lain yang turut menyewa di rumah sama tiada di tempat kejadian.

Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohd Khairul Jamil berkata, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan Meru Raya serta Pasukan Bomba Sukarela Bercham, Pasir Pinji dan Pekan Baru dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, api didapati marak membakar 70 peratus rumah kayu dan kerja-kerja mengawal api dilakukan bagi mengelakkan ia merebak ke rumah bersebelahan.

"Bomba menghadapi sedikit kesukaran dalam pemadaman apabila lokasi kejadian mempunyai arus elektrik dan kita meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Anggota bomba melakukan operasi pemadaman sebuah rumah yang hangus 90 peratus dalam kejadian di Kampung Tawas hari ini.
Anggota bomba melakukan operasi pemadaman sebuah rumah yang hangus 90 peratus dalam kejadian di Kampung Tawas hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan pada kanak-kanak tersebut mendapati tiada sebarang kecederaan namun hanya mengalami trauma.

"Kanak-kanak berkenaan telah diserahkan kepada ibu bapanya. Kejadian itu turut memusnahkan 10 peratus struktur rumah jiran bersebelahan.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.