Hujan tak halang Sultan Johor tunggang Harley-Davidson

Sultan Ibrahim menunggang motosikal berkuasa tinggi ke Forest City semalam.
Sultan Ibrahim menunggang motosikal berkuasa tinggi ke Forest City semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Istana Pasir Pelangi ke Forest City sebagai 'warm up' sebelum memulakan jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019, Sabtu ini.

Melalui kemas kini Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menunggang 'Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike'.

Cuaca hujan ternyata tidak menghalang baginda untuk meneruskan perjalanan sejauh 40 kilometer itu.

Sultan Ibrahim berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Istana Pasir Pelangi ke Forest City sebagai 'warm up' sebelum memulakan jelajah KMJ 2019.
Sultan Ibrahim berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Istana Pasir Pelangi ke Forest City sebagai 'warm up' sebelum memulakan jelajah KMJ 2019.

Jelajah Kembara Mahkota Johor 2019 bakal membuka tirai Sabtu ini yang membabitkan hampir 700 kilometer merentasi 10 daerah di seluruh Johor.

KMJ yang merupakan acara tahunan dalam kalendar keluarga Diraja Johor yang dinantikan seluruh rakyat untuk bertemu dengan Sultan Ibrahim.

Sepanjang berlangsungnya KMJ selama tiga hari, pelbagai program disediakan yang turut melibatkan baginda serta keluarga diraja Johor bersama rakyat, selain penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: