Angka korban Tsunami Sunda meningkat 280

Penyelamat mencari mangsa di sepanjang pantai Lampung Selatan selepas ia dibadai tsunami pada malam Sabtu lalu. - Foto AFP
Penyelamat mencari mangsa di sepanjang pantai Lampung Selatan selepas ia dibadai tsunami pada malam Sabtu lalu. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Hujan lebat dan angin kencang hari ini menyukarkan usaha pasukan penyelamat Indonesia mencari mangsa susulan tsunami yang tercetus ekoran letusan gunung berapi Anak Krakatau yang setakat ini mengorbankan 280 nyawa, mencederakan lebih 1000 yang lain sementara 50 mangsa dilaporkan hilang.

Pihak penyelamat terpaksa menggunakan jentera berat dan pengorek bagi mengangkut dan membersihkan runtuhan dari lokasi kejadian di sekitar Selat Sunda, dan dalam masa sama ribuan mangsa dipindahkan dari wilayah yang terjejas.

"Pihak tentera dan polis bertungkus lumus mencari mangsa yang berkemungkinan masih tertimbus dalam runtuhan," ujar pegawai kanan agensi bencana, Dody Ruswandi sambil menambah usaha mencari akan diteruskan selama seminggu.

Dalam pada itu, pakar meramalkan kemungkinan tsunami susulan terjadi masih agak tinggi berikutan keaktifan gunung Anak Krakatau yang mungkin mencetuskan lebih banyak gelonsoran dalam laut.

Penduduk juga dinasihatkan agar menjauhi kawasan pantai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) dijadual melawat lokasi kejadian yang dibadai tsunami yang terjadi pada jam 9.30 malam Sabtu lalu yang memusnahkan sebahagian besar kawasan di wilayah Pandeglag, Lampung Selatan dan Serang. - AFP

Artikel Berkaitan: