Waytha Moorthy tubuh parti MAP untuk kaum India

Waytha Moorthy
Waytha Moorthy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy membuat pengumuman menubuhkan sebuah parti baharu yang memperjuangkan kepentingan kaum India di Malaysia.

Menurutnya menerusi laporan portal Malaysiakini, parti baharu yang dikenali sebagai Malaysian Advancement Party (MAP) itu telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Sebagai gerakan rakyat, parti ini akan memainkan peranan penting mengembalikan harapan dan peluang bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya masyarakat India Malaysia diwakili secara berkesan,” katanya.

Menerusi laporan sama, ia menjelaskan bahawa Waytha Moorthy akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Hindraf.

"Pengerusi baharu kumpulan itu akan dilantik melalui satu mesyuarat agung khas (AGM)," katanya.

Artikel Berkaitan: