Pemerintahan junta tentera berakhir

Prayut
Prayut
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha secara rasmi meletak jawatan sebagai ketua kerajaan semalam, sekali gus menyaksikan negara itu kini berfungsi sebagai demokrasi normal selepas lima tahun pemerintahan tentera.

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Prayut berkata, pemerintahan tentera telah membawa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang, daripada menyelesaikan masalah penangkapan ikan haram kepada 12 budak lelaki dan jurulatih mereka terperangkap dalam sebuah gua dinaiki air tahun lalu.

Menurut Straits Times memetik laporan Reuters, Prayut menyifatkan campur tangan junta sangat diperlukan bagi memulihkan keadaan selepas enam bulan protes jalanan dan pertempuran ganas.

“Thailand kini adalah sepenuhnya negara demokratik dengan monarki perlembagaan dan parlimen yang dipilihnya anggotanya.

“Semua masalah akan ditangani secara normal berdasarkan sistem demokrasi tanpa menggunakan sebarang kuasa istimewa,” jelasnya.

Minggu lalu, Prayut menggunakan kuasa tersebut untuk kali terakhir bagi menamatkan pelbagai sekatan ke atas media.

Minggu lalu juga, Raja Maha Vajiralongkorn mengesahkan Kabinet awam baharu Prayut, hasil daripada 19 parti kerajaan gabungan yang memegang majoriti tipis di parlimen.

Kerajaan baharu akan berkuat kuasa secara rasmi selepas majlis angkat sumpah hari ini. -Reuters

Artikel Berkaitan: