Guru Tabika cemas kereta masuk parit

Kenderaan Perodua Axia dinaiki dua guru wanita hilang kawalan lalu jatuh ke dalam parit.
Kenderaan Perodua Axia dinaiki dua guru wanita hilang kawalan lalu jatuh ke dalam parit.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Dua guru wanita sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di Kuala Lumpur berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam parit di Simpang 3, Jalan Parit 4 Timur di sini, petang semalam.

Kejadian jam kira-kira 2.30 petang itu berlaku, ketika kedua-dua mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Ban Kanal menuju ke Sungai Besar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kereta jenis Perodua Axia terbabit dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal yang membelok ke simpang tiga jalan terbabit.

"Bagaimanapun, pemandu berasal dari Skudai, Johor itu hilang kawalan menyebabkan kenderaan dipandunya bersama penumpang beralamat di Tali Air 7 Sungai Leman terbabas lalu terjatuh ke dalam parit," katanya.

Chee Khoon berkata, kedua-dua mangsa berjaya keluar daripada kenderaan terbabit.

"Salah seorang daripada mereka menerima rawatan pesakit luar di Klinik Sungai Besar.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini," katanya.

Artikel Berkaitan: