Menjejak aktiviti kecergasan harian

Fitbit Inspire HR
Fitbit Inspire HR
A
A
A
KESIBUKAN harian kadangkala menyebabkan kita kurang prihatin aspek penjagaan kecergasan. Bagaimanapun gajet ringkas ini mungkin membantu.

Fitbit dikenali sebagai salah satu pengesan kecergasan terbaik yang terdapat di pasaran yang boleh anda perolehi. Ia akan mengesan dan menandakan semua perkara kesihatan yang perlu anda lakukan.

Memang banyak pengesan kecergasan biasa, tetapi Fitbit juga tetap ada istimewanya.

Fitbit Inspire HR menyediakan pengesanan aktiviti sepanjang hari dan menyarankan senaman ringkas dalam aktiviti harian anda seperti berjalan, mendaki tangga atau sesi latihan.

Ciri senaman automatik ditawarkan agak mengujakan supaya anda tidak pernah lupa untuk mengaktifkan aplikasi senaman. Ia juga akan mengesan setiap kali anda melakukan apa-apa senaman dan merekodkannya ke dalam aplikasi.

Fitbit juga dilengkapi dengan pengesanan tidur. Peringatan itu pun penting. Mana tahu anda terlalu leka bekerja sampai lupa merehatkan diri.

Peringatan 'tidur' itu juga supaya dapat membantu kerana tidur juga mampu menjaga kecantikan diri anda. Itu juga masa untuk anda bernafas tenang selepas sepanjang hari sibuk bekerja.

Fitbit juga penjejak kesihatan wanita mampu memahami tubuh dan kitaran haid yang lebih baik.

Pemakaian di pergelangan tangan bukan masalah meskipun berada di dalam air kerana ia kalis air!
Artikel Berkaitan:


Tambahan pula ia mempunyai sehingga lima hari hayat bateri supaya anda hanya perlu mengecas sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

Bolehkah anda bayangkan mendapat semua ciri-ciri itu untuk gajet berharga di bawah RM500?! Fitbit Inspire HR boleh didapati dalam warna Black, White and Lilac di laman jualan atas talian pada harga RM468.