Brunei sambut Hari Keputeraan ke-73 Sultan Hassanal Bolkiah

Sultan Hassanal Bolkiah
Sultan Hassanal Bolkiah
A
A
A

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei meraikan sambutan Hari Keputeraan ke-73 Sultan Hassanal Bolkiah dengan pelbagai aktiviti termasuk istiadat perbarisan kehormatan dan bankuet diraja pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Hari keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah merupakan acara nasional yang diadakan setiap tahun dan berlangsung kira-kira sebulan.

Sambutan bermula pada Isnin dengan cuti umum dan istiadat perbarisan kehormatan.

Rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membanjiri Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien di ibu negara untuk menyaksikan perarakan besar-besaran yang diadakan setiap tahun pada 15 Julai.

Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri perarakan itu dan memeriksa perbarisan kehormatan diraja.

Diplomat asing peringkat tinggi turut menyertai orang ramai dalam sambutan besar-besaran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: