Jual Ozil, rekrut Ziyech

Ziyech (kanan) dikatakan pembelian berbaloi untuk Arsenal berbanding mengekalkan khidmat Ozil.
Ziyech (kanan) dikatakan pembelian berbaloi untuk Arsenal berbanding mengekalkan khidmat Ozil.
A
A
A

THE Gunners dinasihatkan supaya menjual Mesut Ozil dan membeli pemain tengah Ajax Amsterdam, Hakim Ziyech.

Pengarah teknikal Ajax yang juga bekas pemain Arsenal, Marc Overmars berkata, langkah itu perlu dilakukan pasukan dari utara London itu bagi memperkuatkan pasukan musim depan.

Menurutnya, Ajax juga bersedia melepaskan pemain itu jika Arsenal mahu membelinya.

"Bagi saya, Ziyech lebih baik daripada Ozil. Saya tidak ragu-ragu untuk menasihati Arsenal supaya menjual Ozil dan membeli Ziyech dengan nilai separuh harga daripada nilai penjualan Ozil.

"Tetapi, Arsenal tidak mahu mendengar nasihat saya dan biarlah Ziyech kekal di Ajax," katanya.

Sebelum ini, Ziyech dilaporkan berada dalam radar Arsenal bagi memperkuatkan bahagian tengah pasukan itu.

The Gunners juga dilaporkan sedia membayar klausa pelepasan Ziyech sekitar 25 juta pound sterling kepada Ajax namun, sejak kebelakangan ini berita tentang minat Arsenal kepada pemain itu makin suram.

"Saya agak terkejut karena masih tak banyak berita mengenai Ziyech di media. Bagi saya dia bermain baik dan statistiknya bagus setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

"Banyak kelab yang melihat statistik itu dan berminat.Tetapi, saya beri keutamaan kepada Arsenal untuk mendapatkan Ziyech," katanya.

Pemain kelahiran Moroco itu tampil cemerlang bersama Ajax musim lalu apabila menjaringkan 21 gol dan 24 bantuan gol dalam semua kejohanan.