RM49,300 untuk mangsa ribut Felda Soeharto

June Leow menyerahkan sumbangan disalurkan kerajaan melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor kepada mangsa ribut di Felda Soeharto.
June Leow menyerahkan sumbangan disalurkan kerajaan melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Selangor kepada mangsa ribut di Felda Soeharto.
A
A
A

HULU SELANGOR - Nasib mangsa ribut di Felda Soeharto mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menyalurkan sumbangan berjumlah RM49,300 kepada 156 rumah yang mengalami kerosakan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, daripada bilangan rumah rosak itu, sebanyak 17 rumah dikategorikan kritikal manakala selebihnya rosak sederhana.

Menurutnya, agihan sumbangan mengikut kadar kerosakan rumah yang bertujuan meringankan beban mangsa menampung kos baik pulih.

"Pusat pemindahan sementara di Dewan Semai Bakti Felda Soeharto yang dibuka sejak hari pertama kejadian pada 5 Julai lalu telah ditutup Ahad lalu.

"Tiga keluarga yang ditempatkan di pusat itu dibenarkan pulang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapatkan rumah sewa kepada mereka sementara menunggu rumah siap dibaik pulih," katanya kepada Sinar Harian.

June berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hulu Selangor juga sudah menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM39,250.

ARTIKEL BERKAITAN: Felda Soeharto dilanda ribut

Ribut di Felda Soeharto: Jabatan Amal Malaysia hulur bantuan

Artikel Berkaitan: