Inisiatif bantu pekebun dan syarikat teroka pasaran durian

Salahuddin melihat durian selepas merasmikan Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 yang diadakan di Bangi, Selangor baru-baru ini.
Salahuddin melihat durian selepas merasmikan Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 yang diadakan di Bangi, Selangor baru-baru ini.
A
A
A
FESTIVAL dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula pada 12 Julai lalu menjadi platform terbaik bagi pekebun durian dan syarikat peneraju produk berasaskan durian memperkenalkan produk mereka dalam pasaran yang lebih luas.

Pengarahnya, Tan Ban Keat berkata, festival buat kali kedua yang dianjurkan di Bangi Golf Resort, Bangi Selangor itu disertai oleh 50 peserta melibatkan pekebun dan pelbagai syarikat menghasilkan produk berasaskan durian dari seluruh negara.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang festival itu berlangsung antaranya pameran dagangan yang mempamerkan baja, peralatan dan teknologi pertanian.

"Saya berharap festival itu memberikan peluang kepada pekebun dan peserta mendapatkan maklumat mengenai durian yang lebih tepat.

"Festival ini turut dimeriahkan dengan penganjuran Kejohanan Dunia Durian Edisi Malaysia dan Larian Durian serta Fiesta Durian," katanya ketika ditemui pada Festival dan Anugerah Durian Bangi Golf Resort 2019, Bangi, Selangor baru-baru ini.

Hadir dan merasmikan festival tersebut ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor serta wakil daripada beberapa agensi kerajaan.

Ban Keat berkeyakinan usaha kerajaan menjadikan durian sebagai salah satu industri di bawah sumber kekayaan baharu akan memacu potensi dan merangsang pertumbuhannya dalam pasaran tempatan dan global.

Sementara itu Salahuddin berkata, penganjuran festival dan anugerah durian secara teratur dan sistematik ialah satu perkara yang mampu memartabatkan lagi produk berasaskan durian yang kini semakin popular di serata dunia.

"Inisiatif pihak swasta dalam menganjurkan festival dan anugerah sebegini amat di hargai.
Artikel Berkaitan:


"Kita tahu durian ialah satu komoditi yang berharga dan mengumpulkan segalanya berkaitan durian di satu tempat adalah langkah terbaik,” katanya.