X

Kindly register in order to view this article
!

Istana Kelantan murka penyebaran pengakuan palsu di Instagram Rihana

Paparan skrin Instagram menggunakan nama Rihana Petraan yang menyebarkan pelbagai dakwaan kisah peribadi sejak Jun lalu.
A
A

KUALA LUMPUR - Pengumumam terbaru Istana Kelantan agar rakyat tidak mudah mempercayai maklumat daripada media sosial difahamkan merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V menerusi Instagram sejak kebelakangan ini.

Menurut sumber terdekat dengan Sinar Harian, pihak Istana murka dengan perbuatan seorang individu yang membuka akaun Instagram dengan nama Rihana Petra dan menyebarkan pelbagai dakwaan kisah peribadi sejak Jun lalu.

Individu berkenaan turut membuat pengumuman anak yang didakwa dilahirkannya ialah bakal Putera Mahkota Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Istana keluar kenyataan isu gelaran Permaisuri Kelantan

Rihana Oksana dicerai talak tiga?

Menerusi akaun tersebut, individu berkenaan turut memuat naik pelbagai foto yang turut melibatkan Sultan Muhammad V.

Pagi tadi, Istana Kelantan akhirnya memecah kebisuan selama hampir lapan bulan apabila menegaskan tiada sesiapa yang boleh digelar Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman Istana.

Kenyataan rasmi itu juga memaklumkan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis.

Difahamkan dengan kenyataan rasmi Istana Kelantan itu, ia sekali gus menafikan dakwaan individu berkenaan bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan.

Semalam sebuah portal melaporkan Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko, 26, telah diceraikan talak tiga.

Ia berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah Kelantan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus