Bagaimana memperoleh haji mabrur?

Niat haji ikhlas kerana ALLAH SWT dan bukan bertujuan untuk melancong, berjual beli dan lain-lain. -GAMBAR HIASAN.
Niat haji ikhlas kerana ALLAH SWT dan bukan bertujuan untuk melancong, berjual beli dan lain-lain. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

KETIKA ini, mereka yang dipilih menjadi tetamu ALLAH untuk mengerjakan Rukun Islam ke-5 pasti sedang bersiap sedia untuk ke Tanah Suci.

Malah, ada yang sudah sampai ke tanah haram itu untuk untuk menunaikan ibadah.

Ibadah besar itu amat dinanti-nantikan umat Islam apabila tiba musimnya.

Manakan tidak, haji merupakan syiar agung dan ibadah yang mulia kerana mereka yang melaksanakannya akan mendapat rahmat dan berkat.

Persoalannya, bagaimana untuk mendapatkan haji yang mabrur?

Daripada Abu Hurairah RA berkata: "Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: Barang siapa melaksanakan haji semata-mata kerana ALLAH, lalu dia tidak menuturkan (perkataan) keji dan tidak melakukan fasik (keluar daripada ketaatan), dia akan kembali kepada keadaannya seperti baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa)." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan Ibn Majah)

Berdasarkan hadis itu, haji yang mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH SWT dan bukan bertujuan untuk melancong, berjual beli dan lain-lain.

Mereka yang melaksanakan haji dengan kaifiyat atau tatacara yang betul sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW akan menghasilkan pahala yang besar (syurga) dan diampunkan dosa.

Artikel Berkaitan:

Bagi kesalahan dan dosa yang berkaitan dengan manusia atau soal mengambil hak, hendaklah individu itu segera meminta maaf dan mengembalikan hak-hak mereka sebelum menunaikan haji.

Sesungguhnya haji merupakan jalan menuju ke syurga dan membebaskan diri daripada api neraka.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)