X

Kindly register in order to view this article
!

UniSZA meterai perjanjian bersama QSR Brands, penuhi keperluan industri

Dari kiri: Pendaftar UniSZA, Ismail Ahmad; Dr. Hassan; Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Datuk Dr Mohd Nur Manuty; Mohamed Azahari; dan Ketua AIPI Bahagian Huluan QSR Brands, Dr Rasak Majid pada majlis menandatangani MoA antara UniSZA dan QSR Brands yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A

UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) menerusi syarikat perniagaan huluannya, Ayamas Integrated Poultry Sdn Bhd (AIPI).

Pemeteraian perjanjian itu bagi melancarkan program akademik 2u2i pertama bagi industri penternakan ayam melalui program pengajian sarjana muda produksi dan kesihatan haiwan.

MoA itu telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr Hassan Basri berkata, kerjasama strategik itu memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pembelajaran secara experiential menerusi latihan industri bersama AIPI di ladang ayam pedaging Ayamas Mantin selama setahun selepas tiga tahun pengajian akademik.

Sementara itu, Mohamed Azahari berkata, QSR Brands merupakan satu-satunya pengendali restoran bersepadu vertikal, yang beroperasi dari ladang ke meja makan (farm to fork) di Malaysia.

"Perniagaan restoran terkemukanya itu di sokong oleh operasi huluan yang melibatkan penternakan ayam bersepadu dan segmen operasi sampingan yang membekalkan sumber ayam dan produk makanan lain yang berkualiti, selamat dan terjamin ke semua restoran kendaliannya.

"AIPI merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengedalikan kilang feedmill, penetasan, pembiakan dan ladang ayam pedaging," katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Beliau berkata, QSR Brands komited melahirkan graduan tersedia untuk industri dan menghasilkan kurikulum industri bagi mendedahkan pelajar dengan pembelajaran secara experiential, dilengkapi latihan secara holistik di ladang pembiakan, penetasan, ayam pedaging serta pendedahan mengenai operasi penyembelihan halal dan produksi daripada kilang pemprosesan ayam.

“Kerjasama strategik ini akan memberi nilai tambah kepada industri penternakan ayam secara keseluruhan kerana apabila pelajar ini menamatkan pengajian, semua ciri-ciri yang diperlukan oleh industri sudah tersedia,” katanya.