Hilangkan selesema dengan cara semulajadi

No Image Caption
A
A
A

MUSIM hujan dan panas yang tidak menentu akan menyebabkan anda mudah diserang flu atau selesema, apatah lagi jika antibodi dan sistem imunisasi anda lemah.

Sudah semestinya akan berlaku selesema, bersin sudah pasti!

Ia sekali gus akan membuatkan anda berasa kurang selesa dan lemau untuk melakukan apa jua aktiviti.

Pun begitu, anda jangan risau, tanpa ubat-ubatan selesema anda mampu diatasi. Hanya gunakan kaedah semulajadi.

1) Sup Ayam

Healthline melaporkan sup ayam mampu mengurangkan jangkitan pernafasan seperti selesema kerana ia memperlahankan pergerakan neutrofil dalam badan.

Neutrofil adalah sejenis sel darah putih yang membantu melindungi badan anda.

Cara merawat: reneh sup ayam dengan sayur-sayuran segar, lalu makan ketika panas.

2) Halia

Artikel Berkaitan:

Menurut University Health News (UHN), halia adalah tumbuhan herba yang secara semulajadi mampu menangani masalah selesema, muntah dan loya kerana keberkesanannya menghilangkan rasa sejuk dalaman.

Cara merawat: Ketuk halia dan masukkan ke dalam minuman panas atau air limau atau amalkan minum teh halia.

Perhatian: Jika anda mengambil ubat-ubatan untuk darah tinggi, diabetes, atau kolesterol, sila dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakan halia bagi merawat selesema.

3) Daun Sirih

Daun sirih terkenal dengan pelbagai khasiat untuk mengubati penyakit. Baru-baru ini, kajian membuktikan daun sirih memiliki minyak yang mengandungi phenol digelar sebagai chavicol. Ia berfungsi

sebagai antiseptik.

Cara merawat: ramas daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung atau rendam. Lenyekkan daun sirih dalam minyak biji sawi dan sapu pada dada anda.

Peringatan: Anda juga digalakkan untuk mandi dengan air panas atau air suam bagi melembapkan dinding mukosa hidung yang berupaya mencairkan hingus.

Menurut petua kaum Cina pula, elakkan daripada minum susu lembu ketika selesema kerana susu lembu mampu memekatkan kahak.

Sumber: TheAsianparentMalaysia